Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, menerima Deklarasi Kemaman daripada Presiden Jawatankuasa Penaja Dewan Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Kebangsaan (DKUIK), Masayu Binti Ismail. Momen penting ini disaksikan oleh Datuk Seri (Dr) Syed Hussain Bin Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, dan Shamir Aziz, Pengarah Urusan AIM. 

 

Dalam isi kandungan deklarasi, pemimpin-pemimpin Kelab Usahawan Ikhtiar Cawangan dan Kesukarelawan (KUICK) telah bersetuju untuk menubuhkan Dewan Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Kebangsaan (DKUICK). Penubuhan DKUIK bertujuan mengukuhkan ekosistem AIM dengan tumpuan utama pada keusahawanan dan kesukarelaan.

 

Perdana Menteri turut menyertai Kenduri Rakyat AIM Wilayah Terengganu yang dihadiri oleh lebih 3,000 Sahabat Usahawan AIM. Suasana bergotong-royong ini turut dihadiri oleh Pengurusan-pengurusan Kanan AIM. 

 

Deklarasi Kemaman telah diumumkan pada 28 November 2023 semasa Konvesyen Khas KUICK Nasional yang dihadiri oleh 512 perwakilan dari empat pimpinan teratas KUICK dari 128 Kelab seluruh negara.