Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Pengerusi AIM lawat KOOP SAHABAT

Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin hari ini mengadakan lawatan ke ibu pejabat Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KOOP SAHABAT).

Pada sesi lawatan itu, beliau diberi penerangan ringkas dan berpeluang melihat sendiri bagaimana KOOP SAHABAT beroperasi.

Turut sama mengiringi beliau pada lawatan berkenaan ialah Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz.

Terdahulu, Datuk Seri Panglima Haji Lajim, menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi KOOP SAHABAT, Encik Mohd Najib Mohd Noor dan diiringi oleh Setiausaha, Encik Norshahrizal Mashahrin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Mazri Mahmood; Pengurus Besar Bahagian, Encik Mohd Suhairy Mat Sari, Pengurus Besar Bahagian Pelaburan dan Perniagaan, Encik Md Azman Hashim dan Bendahari, Puan Hartati Abdul Jalil di pejabatnya di Menara AIM.

#amanahikhtiarmalaysia

#charitywithdignity