Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Konvensyen Khas KUICK Nasional 2023 menyaksikan perubahan signifikan dengan pengumuman nama baru, Dewan Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Kebangsaan (DKUIK)

 

Acara berprestij ini berlangsung di Kolej Universiti Tati (TATIUC), Kemaman Terengganu pada 28 November 2023, telah dirasmikan oleh En.Mohd Najib bin Haji Mohd Noor, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (AIM).

 

Hadir sama pada konvenysen khas yang dihadiri oleh lebih 500 peserta yabg terdiri dari pemimpin-pemimpin utama KUICK dan cawangan seluruh negara ini ialah Ketua Pegawai Operasi, Jani Izwandy Che Jan, Ketua Pegawai Maklumat, Mohd Zulkahizam Mohd Zuldin, Pengarah Bahagian Operasi, En. Zubairi bin Mohd Fadzil, Pengarah Bahagian Audit Dalaman, En. Amir Hamzah bin Rahmat dan pengurus-pengurus wilayah AIM. 

 

Konvensyen ini bertujuan untuk menyusun semula dan memberi penjenamaan semula kepada ahli KUICK, dengan menitikberatkan agenda pembaharuan.

 

Diskusi hala tuju DKUICK menjadi fokus utama, membawa usahawan AIM ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia keusahawanan. 

 

Selain itu, pemilihan dan saringan daripada setiap wilayah dijalankan untuk membentuk perlembagaan dengan penubuhan semula 124 KUICK dengan satu perlembagaan induk bercawangan yang seragam. 

 

Perubahan ini menandakan komitmen DKUIK dalam mencapai matlamat keusahawanan yang padu dan selari di seluruh negara.