Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sertai ADFIM National Conference on Integrity and Governance 2023 yang dianjurankan oleh Persatuan Institusi – Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM).

Objektif utama persidangan ini adalah untuk menggalakkan pembangunan dan pembudayaan integriti selain menyokong tadbir urus yang baik di kalangan institusi kewangan pembangunan dan pihak berkepentingan yang relevan.

Persidangan ini juga bertujuan untuk memperkenalkan budaya integriti dan tatakelakuan etika di antara rakan institusi selain dari perkongsian ilmu berkaitan telusan, tanggjawab dan amalan tadbir urus yang baik.

Pada persidangan ini, AIM telah diwakili oleh dua pegawai iaitu, Puan Nursyahira Abdul Halim dan Puan Salfarina Ahmad. Mereka berpeluang berkongsi pendapat dan pandangan berharga dari pelbagai pihak yang boleh digunapakai oleh AIM.

Persidangan dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan turut dihadiri oleh, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Y. Karunanithy, Presiden, CEO Exim Bank Malaysia, Arshad Mohamed Ismail, Panel Penilai MACC, Dr. Mazlan Hj Ahmad; Pengarah UMLEAD, Universiti Malaya, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff dan ramai lagi.

Persidangan yang diadakan selama dua hari di Kota Kinabalu, Sabah menampilkan beberapa tokoh terkemuka dari pelbagai sektor termasuk sektor awam, swasta dan korporat bagi membincangkan serta berkongsi pengalaman berkenaan topik dan isu berkaitan integriti dan tadbir urus yang baik.

Para peserta turut menyaksikan upacara pelancaran Anti–Bribery Management System (ABMS) oleh SME Bank yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Senator Saraswathy Kandasami.

Peserta juga diminta melakukan aktiviti dalam kumpulan dan menyatakan impian dan harapan mereka untuk menjadikan Malaysia lebih baik pada masa hadapan.

#amanahikhtiarmalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMadani

#charitywithdignity

#afeksi