Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Perdana Menteri Bangga Pencapaian AIM Bantu Golongan Miskin

 

BENTONG - Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa bangga dengan pencapaian lima tahun terkini Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), apabila institusi kewangan mikro itu mampu beroperasi dengan baik dan kekal pada matlamat asal perjuangan mereka.

 

“Tentunya AIM menjadi salah satu daripada langkah dan ikhtiar untuk kita menyelesaikan masalah (miskin tegar) ini. Saya bangga dengan AIM terutamanya dalam peringkat terakhir ini, pengurusannya diperbaiki dan kelemahan dikenalpasti,”

 

Justeru untuk memastikan peranan dan fungsi AIM terus berjalan dengan baik, Anwar berkata, Belanjawan 2024 pada 13 Oktober ini bakal mengambil kira keperluan AIM bagi meneruskan pelaksanaan program membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah ini. Katanya ketika berucap pada majlis Kenduri Rakyat Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 36 Amanah Ikhtiar Malaysia yang diadakan di Agropolitan Chemomoi, Pelanggai pada Isnin.

 

Pada kenduri rakyat berkenaan dua ekor kerbau disembelih dan kerja-kerja memasak bermula seawal jam 6.30 pagi, dengan melibatkan seramai 50 orang yang terdiri daripada kakitangan Wilayah Pahang dan penduduk kampung. Turut diadakan aktiviti seperti pertandingan memasakan, slot hello selebriti dan cabutan bertuah. 

 

Hadir sama pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 Sahabat AIM sekitar Pahang dan penduduk Kampung Agropolitan Chemomoi, ialah Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, AIM, Datuk Seri Syed Hussian Syed Junid; Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz dan serta pengurusan kanan AIM. 

 

Terdahulu, majlis sambutan ulangtahun

AIM turut dihadiri oleh isteri perdana menteri yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 

Beliau sempat beramah mesa dengan penduduk kampung serta Sahabat Usahawan AIM yang menyertai pertandingan memasak ikan patin masak tempoyak.

 

Turut mengiringi beliau ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin. 

 

AIM hari ini memiliki seramai 323,992 Sahabat Usahawan Aktif dari seluruh negara dan selama 36 tahun ini, AIM sudah meluluskan pembiayaan sebanyak RM31.7 bilion, dengan jumlah bilangan peminjam seramai 998,947 orang. Ini menjadikan jangkauan isi rumah yang telah dijangkau untuk keluar dari kemiskinan ialah seramai 3,995,788 juta isi rumah.

 

#amanahikhtiarmalaysia

#sahabatusahawanAIM

#Malaysiamadani

#charitywithdignity

#afeksi