Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Lawatan rasmi Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ke Ibu Pejabat 

 

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Syed Junid, hari ini sempat meluangkan masa melawat semua bahagian dan jabatan yang beroperasi di ibu pejabat AIM.

 

Beliau yang diiringi oleh Pengarah Urusan, Encik Shamir Aziz, dan Ketua Pegawai Kewangan, Encik Norsharizal Mashahrin diberi penerangan ringkas mengenai fungsi, bidang tugas jabatan dan unit berkenaan.

 

Dalam sesi taklimat dan lawatan ini juga beliau sempat mendekati dan memahami operasi dan peranan AIM dengan lebih mendalam. 

 

Selain itu, Beliau juga turut memberikan beberapa pandangan, cadangan dan perkongsian idea bagi penambahbaikan AIM. 

 

#amanahikhtiarmalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMadani

#charitywithdignity

#afeksi