Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada Ogos lalu menghantar dua pengarah, iaitu Pengarah Komunikasi Korporat Pn Lailatun Khalilah Nasir dan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Cik Noor Aeiza Hassan menyertai Program Kepimpinan Kewangan Islam (Islamic Financial Leadership Programme).
Program yang diadakan di University Cambridge anjuran Cambridge Institute of Islamic Finance dengan rakan strategiknya, DDCAP Group dan Maybank itu turut dihadiri lebih kurang 40 pimpinan di peringkat pengurusan dari pelbagai institusi kewangan dari seluruh dunia.
Diadakan selama lima hari, program yang bermula dari 20 hingga 25 Ogos 2023 ini membolehkan peserta yang hadir mendalami pelbagai perkongsian ilmu yang menarik yang dkongsi oleh ketua-ketua organisasi penting dalam dunia kewangan Islam.
Antaranya ialah Leaderships Talk daripada Dr Zelijka Davis , Pengarah Urusan EMG, The Netherlands; Dr Jamshaid Anwar Chattha dari Qatar Central Bank; Mr Khalid Al-Yahmadi, Pengerusi Amjaad Holding, Oman, dan Mr Iqbal Khan, Ketua Pengawai Eksekutif Fajr Capital, Arab Saudi.
Peserta juga diminta melakukan pelbagai aktiviti dalam kumpulan dan perlu menyiapkan pembentangan projek bertaraf dunia selain menyertai aktiviti luar.
Penyertaan wakil dari AIM ini secara tidak langsung telah memperkenalkan fungsi dan peranan AIM dalam membantu usaha kerajaan membasmi kemiskinan.
Ia juga telah dapat membina jaringan kerjasama yang luas di kalangan peserta.
#amanahikhtiarmalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani
#charitywithdignity
#afeksi