Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

SEMBANG SANTAI SAHABAT BERJAYA AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM).

PERAK, 23 Ogos - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menganjurkan Program Sembang Santai Sahabat Berjaya, bagi mendepani cabaran norma baharu selepas pandemik Covid-19.

Program yang diadakan di Pekan Slim River, Perak hari ini telah dihadiri oleh Sahabat AIM seramai 120 orang.

Program Sembang Santai Sahabat Berjaya ini juga dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu. Tujuan program ini diadakan bagi memberi semangat kepada Sahabat AIM yang terkesan akibat Covid-19.

Diharapkan program ini dapat membantu Sahabat AIM untuk #bangkitkembali dalam era norma baharu dan kepentingan menguasai semua medium saluran pemasaran untuk meningkatkan jualan dan bisnes mereka.

#amanahikhtiarmalaysia

#charitywithdignity

#sahabataim

#ourPartAIM

#BangkitKembali