Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada minggu lalu telah turut serta dalam program lawatan sambil belajar ke Turkiye anjuran Pertubuhan Pembangunan Institusi Kewangan Malaysia (ADFIM).

 

Objektif utama lawatan sambil belajar ini adalah untuk melihat dan mempelajari faktor utama kejayaan, cabaran, dan amalan terbaik bank/institusi pembangunan kewangan di Türkiye, dengan tumpuan untuk meletakkan semula DFI bagi memenuhi keperluan yang berkembang selepas pemulihan ekonomi baharu.  

 

Menerusi lawatan ini, dua pegawai dari AIM, Puan Suzila Aisyah Mohd Radzi dan Puan Robizamunira Mohd Kassim berpeluang berdialog dan mengumpul pandangan berharga dari pelbagai pihak yang boleh digunapakai oleh AIM. 

 

Lawatan sambil belajar ini memberi ruang peserta menambah pengetahuan dalam pelbagai aspek merangkumi kepentingan kewangan mampan dan operasi DFI.  

 

Antara tumpuan lawatan sambil belajar adalah melihat kemampanan dan daya tahan kewangan: Temui model dan strategi perniagaan yang inovatif untuk merapatkan jurang pembiayaan dalam sektor ekonomi strategik dan segmen yang kurang mendapat perkhidmatan dan lain-lain. 

 

Peserta juga mengadakan sesi lawatan dan dialog dengan beberapa pihak antaranya Turkiye Kalkinma Bankasi; Kementerian Teknologi dan Industri; Kementerian Kewangan dan Central Bank of Turkiye.

 

#amanahikhtiarmalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMadani

#charitywithdignity

#afeksi