Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), memenangi Anugerah Institusi Kewangan Mikro Islamik Terbaik anjuran Global Islamic Finance Award (GIFA).
Anugerah diterima oleh Pengarah Urusan AIM, Shamir Abdul Aziz yang turut diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi AIM Tuan Haji Jani Izwandy Che Jan.
Majlis penyampaian anugerah berkenaan yang diadakan di King Fahd Palace, Dakar, Senegal disampaikan oleh Pengerusi GIFA, Professor Dr Humayon Dar.
AIM pada tahun sebelum ini telah menerima anugerah yang sama dan anugerah yang diterima pada 14 September ini merupakan anugerah kali ke 10.
Pada majlis yang cukup berprestij itu turut dihadiri Perdana Menteri Senegal, duta dan pemimpin kewangan Islam dunia.
Sekali lagi tahniah di atas kecemerlangan AIM yang semakin mendapat pengiktirafan di peringkat dunia.
#amanahikhtiarmalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani
#charitywithdignity
#afeksi