Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

 

 

Johor Bahru - Isteri Perdana Menteri yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tengahari tadi telah turun padang untuk bersama-sama lebih 2,500 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia dalam aktiviti Rewang Merdeka AIM Wilayah Johor. 

 

Program yang diadakan di Padang Bola Kampung Pasir, Johor Bahru bermula dari jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang dengan pelbagai pengisian yang menarik. 

 

Program memasak beramai-ramai atau Rewang yang telah menjadi tradisi warga Johor sejak dahulu kala dimeriahkan dengan pertandingan penyediaan Nasi Ambeng yang disertai hampir 200 Sahabat Usahawan dari Cawangan Kulai. 

 

Wan Azizah yang hadir sekitar jam 11 pagi, sempat menyudahkan masakan daging briani dan beramah mesra dengan peserta gotong royong yang kesemuanya melibatkan Sahabat Usahawan dari seluruh Johor.

 

Program yang mendapat kerjasama daripada Kelab Sahabat Usahawan Johor Bahru dan Kelab Usahawanita Ikhtiar Cawangan Parlimen Kulai ini ternyata sangat bermakna apabila semua usahawan wanita menunjukkan kerjasama dan gotong royong yang sangat padu dalam menyediakan juadah dari 4 ekor lembu yang disembelih. 

 

Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Syed Junid dalam ucapannya, begitu menghargai komitment dan semangat gotong royong yang ditunjukkan sepanjang program ini berlangsung. 

 

Ini sangat penting kerana katanya, kejayaan sesuatu kumpulan dan komuniti itu tidak akan terhasil tanpa kerjasama dan sifat saling tolong menolong antara satu sama lain. 

 

Hadir sama pada program berkenaan ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, En Mohd Najib Mohd Noor; Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz serta ahli lembaga dan pengurusan kanan AIM.

 

#amanahikhtiarmalaysia

#sahabatusahawanAIM

#Malaysiamadani

#charitywithdignity

#afeksi