29 Ogos - Kunjungan hormat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ke atas Menteri Ekonomi, di Putrajaya.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri (DR) Syed Hussain Bin Syed Junid dan Pengarah Urusan, Shamir Aziz, semalam mengetuai kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Ekonomi bertemu Menteri Ekonomi ,YB Rafizi Ramli.
Turut hadir bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Mohd Najib bin Haji Mohd Noor, Datuk Mariam Binti Ilias, Ketua Pegawai Operasi/Perundangan, Jani Izwandy Bin Che Jan dan Ketua pegawai Kewangan, Norsharizal Bin Mashahrin.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan tentang peranan AIM dalam membantu masyarakat berpendapatan rendah untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Antara yang dibincangkan ialah bagaimana AIM menjadi wahana dalam membantu Kementerian bagi menjayakan Program Initiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
Semoga usaha sama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan semoga mendapat keredhaan Allah SWT.
#amanahikhtiarmalaysia
#sahabatusahawanAIM
#Malaysiamadani
#charitywithdignity
#afeksi