KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang hadir pada majlis penyerahan Sijil Pengiktirafan Malaysia Book Of Record.
Majlis penyerahan Sijil Pengiktirafan Malaysia Book Of Record itu dibuat oleh Konsultan Kanan Rekod, Malaysia Book of Record, Siti Hajar Binti Johor dan Penganalisa Kajian Malaysia Record Sdn Bhd, Siti Nurhanim Mohd Noh di hadapan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir merasmikan karnival Sahabat Usahawan Madani yang turut dihadiri lebih 8,000 Sahabat Usahawan AIM dari seluruh Terengganu.
Empat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record ialah, Mesyuarat Usahawan Wanita Terbesar Secara Online Dari 4,491 Pusat, Pembiayaan Tertinggi Diluluskan Secara Serentak kepada Usahawan Wanita yang berjumlah RM32,077,220.00, Bacaan Ikrar oleh Usahawan Wanita Teramai dengan melibatkan 183,112 orang dan Kehadiran Ahli Mesyuarat Usahawan Wanita seramai 183,112 orang.
Hadir sama pada majlis yang diadakan di The Payang Scout Hotel, Kuala Terengganu itu ialah, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Saraswahty Kandasami, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Syed Junid; Timbalan Pengerusi Lembaga AIM, Mohd Najib Mohd Noor; Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz, Ketua Pegawai Operasi AIM, Jani Izwandy Che Jan, Ketua Pegawai Kewangan AIM, Norsharizal Mashahrin, Ketua Pegawai Maklumat, Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin dan pengurusan AIM.
Tahniah diucapkan kepada Sahabat Usahawan AIM dan semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk Sahabat-Sahabat melakar lebih banyak lagi kejayaan di masa hadapan.
#amanahikhtiarmalaysia
#sahabatusahawanAIM
#Malaysiamadani
#charitywithdignity
#afeksi