Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

KULIM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang hadir merasmikan Karnival Sahabat Usahawan Madani Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), yang turut dihadiri 8,000 Sahabat Usahawan AIM Wilayah Kedah dan sebahagian daripada Wilayah Pulau Pinang.

 

Kehadiran Perdana Menteri disambut dengan semangat yang sungguh luar biasa oleh Sahabat Usahawan AIM. 

 

Perdana Menteri yang sempat bergambar kenangan dengan Sahabat sebaik sahaja turun dari kenderaan rasminya, menerima tepukan dan sorakan yang gemuruh sebagai tanda penghargaan. 

 

Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Saraswahty Kandasami, Pemangku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Syed Junid; Timbalan Pengerusi Lembaga AIM, Mohd Najib Mohd Noor; Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz, Ketua Pegawai Operasi AIM, Jani Izwandy Che Jan, Ketua Pegawai Kewangan AIM, Norsharizal Mashahrin, Ketua Pegawai Maklumat, Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin, pengurusan AIM, LPS dan KUICK. 

 

Selain mendapat perkhabaran gembira apabila Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk AIM, Sahabat yang hadir juga mendapat pelbagai ilmu dalam bidang perniagaan, selain diadakan aktiviti jualan produk Sahabat. 

 

#amanahikhtiarmalaysia

#sahabatusahawanAIM

#Malaysiamadani

#charitywithdignity

#afeksi