SUNGAI PETANI - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick, hadir menyampaikan enam anugerah Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) dan KUICK Terbaik AIM 2022 di Cinta Sayang Resort Hotel, baru-baru ini.
Anugerah LPS Terbaik diberikan kepada LPS Wilayah Kedah bagi kategori Pasukan Sukarelawan, dan LPS Wilayah Pahang bagi kategori Gandingan Kerjasama. Manakala penerima anugerah KUICK Terbaik diberikan kepada Wilayah Selangor/Kuala Lumpur, Kelab Usahawan Baling, Kelab Usahawan Semporna, dan Kelab Usahanita Sabahat Ikhtiar Parlimen Kulai (KUSIPK).
“Saya turut berbangga kerana Amanah Ikhtiar Malaysia menjadi sebahagian daripada keluarga KUSKOP
“Anugerah bonda negara wajar diberikan kepada Sahabat Usahawan AIM kerana mereka sanggup membanting tulang untuk memberi pendidikan yang baik untuk anak-anak mereka.” katanya ketika berucap di majlis Makan Malam Perdana Sempena Mesyuarat LPS dan Konvensyen KUICK Nasional.
Tambah beliau, kecemerlangan ini wajar dikekalkan oleh setiap Sahabat Usahawan AIM agar menjadi contoh buat Sahabat baharu yang bakal menyertai AIM.
Dalam pada itu, Ewon turut mengucapkan tahniah kepada AIM kerana telah berjaya melahirkan ramai usahawan wanita dan sekaligus mampu menjadi sebuah institusi yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia.
Majlis makan malam itu turut dihadiri
Timbalan Menteri KUSKOP, YB Senator Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha KUSKOP, YBhg. Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz, Barisan Ahli Lembaga pemegang AIM, Ahli Lembaga Koop Sahabat, dan Pengurusan Kanan AIM.
#amanahikhtiarmalaysia
#sahabatusahawanAIM
#Malaysiamadani
#charitywithdignity
#afeksi