KUALA LUMPUR – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 17 Mei 2023, sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang bagi anugerah Institusi Kewangan Islam (Mikro) terbaik diperingkat dunia.
Anugerah yang diterima oleh Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz di satu majlis berprestij yang diadakan di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur ini merupakan anugerah bagi tahun ketiga berturut-turut dimenangi AIM selepas memenanginya bagi tahun 2020, dan 2021.
Anugerah yang dianjurkan Islamic Financial News (IFN) ini turut mengiktraf beberapa institusi kewangan islam di peringkat antarabangsa lain, di mana mereka dinilai dari sudut kecemerlangan kepimpinan institusi dan pencapaian tahunan organisasi dalam pasaran modal Islam di peringkat global.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada AIM. Semoga AIM terus melakar kecemerlangan dalam membantu Sahabat Usahawan AIM.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi