Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

AIM menang dua anugerah berprestij dunia

 

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), sekali lagi diiktiraf dunia apabila dipilih sebagai pemenang bagi dua kategori sempena Global Good Governance Award 2023.

 

Mensasarkan wanita sebagai golongan utama dalam membangunkan industri kecil dan sederhana melalui pembiayaan mikro, AIM menang bagi kategori 3G Excellence In Women Empowerment Award.

 

Manakala diiktiraf di atas kepimpinan pengurusan organisasi yang cemerlang, AIM dipilih sebagai pemenang bagi 3G Leadership Award for Microfinance 2023, mengalahkan beberapa nama popular dalam industri kewangan mikro.

 

Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi Good Governance Award 2023, Professor Dr Humayon Dar kepada Pengarah Urusan AIM, Encik Mohamed Shamir Abdul Aziz. 

 

Majlis berprestij yang diadakan di Hotel Conrad, Dubai, UAE pada 8 Mei 2023, itu dihadiri seramai 150 tetamu secara fizikal dan turut disaksikan ribuan hadirian yang terlibat dalam industri kewangan dan ekonomi dari seluruh dunia secara live sepanjang majlis berlangsung. Sebanyak 50 anugerah disampaikan pada malam berkenaan.

 

#amanahikhtiarmalaysia

#sahabatusahawanAIM

#Malaysiamadani

#charitywithdignity

#afeksi