KUALA LUMPUR, 7 Feb - Amanah Ikhtiar Malaysia menerima kunjungan hormat dari Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat & Pembangunan Usahawan Negeri Perak, di ibu pejabat AIM di Menara Amanah, hari ini.
Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat & Pembangunan Usahawan Negeri Perak, YB Salbiah Mohamed turut disertai oleh Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak, Mohamad Rozlan Mohamad Razalli.
Pada sesi pertemuan yang turut dihadiri oleh Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz, antara lain membincangkan usaha-usaha dan kerjasama yang boleh dilaksanakan untuk membantu wanita Negeri Perak maju dalam perniagaan yang mereka ceburi.
Selain bertukar-tukar pandangan, YB Salbiah turut diberi penerangan mengenai AIM dan pencapaian keseluruhan Sahabat AIM Negeri Perak oleh Pengarah Urusan, Shamir Aziz.
Turut bersama pada sesi berkenaan ialah Ketua Pegawai Kewangan AIM, Norsharizal Mashahrin, Ketua Pegawai Operasi/Perundangan, Jani Izwandy Che Jan dan Ketua Pegawai Maklumat AIM, Mohamad Zulkahizam Mohd Zuldin.
Semoga kunjungan ini akan membawa kepada kerjasama erat di antara kerajaan Negeri Perak dan AIM khususnya untuk memajukan Sahabat Usahawan AIM di Perak.
#amanahikhtiarmalaysia
#sahabatusahawanaim
#malaysiamadani