'Post Mortem', KPI, hala tuju, isu dan cabaran 2023
Mesyuarat Pemukiman (Retreat) Pengurusan Tertinggi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), ibu pejabat yang berlangsung pada 2 hingga 4 Februari 2023, diwarnai dengan pelbagai percambahan idea, perbincangan serta pandangan dalam usaha memastikan hala tuju bagi tahun 2023 tercapai.
Retreat yang berlangsung selama tiga hari di Hotel Dorsett, Kuala Lumpur ini dirasmikan oleh Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz yang kemudiannya mempengerusikan sesi pembentangan setiap bahagian.
Ia turut disertai oleh Ketua Pegawai Kewangan, En Norshahrizal Mashahrin; Ketua Pegawai Operasi/Perundangan, Jani Izwandy Che Jan, Ketua Pegawai Maklumat, Mohamad Zulkahizam Mohd Zuldin, pengarah-pengarah bahagian, dan pengurus besar jabatan.
Selain pembentangan dari setiap bahagian yang memberi tumpuan kepada pencapaian tahun 2022, ia turut menyentuh mengenai hala tuju dan sasaran KPI bagi tahun 2023 serta isu dan cabaran yang harus ditangani dengan baik.
Turut serta pada pembentangan kali ini ialah ekosistem AIM iaitu Koperasi
Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat), dan Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia.
Hasil retreat ini kemudiannya akan dibawa di dalam Mesyuarat Majlis Tindakan AIM (MATA), peringkat nasional yang akan melibatkan penyertaan wilayah AIM dari seluruh negara.
#amanahikhtiarmalaysia
#sahabatusahawanaim
#malaysiamadani