Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick, mengucapkan tahniah kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan seluruh kakitangan di atas kejayaan dalam membantu wanita-wanita B40 keluar dari kepompong kemiskinan.

 

Ucapan tahniah itu dinyatakan dalam sesi taklimat yang dihadiri oleh beliau dan juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Yb Senator Puan Saraswathy Kandasami, di ibu pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), petang tadi.

 

Pada sesi taklimat berkenaan, Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz turut memberi taklimat mengenai operasi dan pencapaian AIM sepanjang tahun 2022 dan bertukar-tukar pandangan dalam usaha memastikan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan selain membantu usahawan-usahawan wanita B40 lebih berjaya dan mendapat manfaat.

 

Hadir sama pada sesi taklimat berkenaan ialah Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Zamri Salleh, Ketua Pegawai Kewangan, Norsharizal Mashahrin, Ketua Pegawai Maklumat, Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin dan Pengurusan kanan AIM serta Pengurus Wilayah dari seluruh negeri.

 

#amanahikhtiarmalaysia 

#charitywithdignity

#sahabatusahawanAIM

#Malaysiamadani