Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Kuala Selangor, 20 Oktober 2022 – Seramai 22,709 Sahabat Usahawan AIM Wilayah Selangor/Kuala Lumpur terima pengeluaran pembiayaan berjumlah RM144,590,220.00 sehingga September 2022.

Penyerahan replika cek disampaikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kepada, Ketua Lembaga Perwakilan Sahabat AIM Wilayah Selangor/Kuala Lumpur, Datin Zaidatul Akmar Hamzah pada majlis perasmian Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor bertempat di Dataran Eco Grandeur, Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor. Hadir mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, YB Tan Sri Noh Haji Omar dan Menteri Kewangan, YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Karnival ini turut dihadiri 1,000 Sahabat Usahawan AIM dari Wilayah Selangor/Kuala Lumpur. AIM dan Koop Sahabat turut menyertai pameran korporat bagi mendekati lebih 10,000 pengunjung.

Semoga pengeluaran pembiayaan ini dapat memberikan manfaat kepada Sahabat Usahawan AIM, sekaligus merancakkan semula aktiviti perniagaan Sahabat dan seterusnya meningkatkan daya saing usahawan tempatan selaras dengan prinsip Keluarga Malaysia.

#amanahikhtiarmalaysia

#KeluargaMalaysia

#charitywithdignity

#SahabatusahawanAIM

#afeksi22