Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

KUALA LUMPUR – Seramai 150 Sahabat Usahawan AIM telah menyertai kursus bimbingan Pemikiran Keusahawanan yang dikendalikan Monash University, hari ini.

Kursus ini melibatkan Sahabat Usahawan AIM dari Cawangan Slim River, Cheras, Puchong dan Shah Alam.

Pada seminar ini Sahabat yang hadir didedahkan dengan kaedah pemikiran usahawan, teknik whatsapp bisnes, teknik bisnes tiktok dan teknik copy writing yang betul. Sahabat juga diberi latihan sebenar tentang dunia perniagaan masa kini.

Kursus hari pertama yg bermula hari ini dibimbing oleh Ketua Jabatan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Monash University, Dr Grace Hooi Yeen Lean dan coach Ahmad Fadzli bin Abdul Konon.

Diharapkan dengan adanya kursus seperti ini mampu membantu Sahabat untuk terus maju fan sukses dalam perniagaan yang diceburi.

#amanahikhtiarmalaysia

#KeluargaMalaysia

#charitywithdignity

#SahabatUsahawanAIM

#afeksi22