Telah berlangsung Kursus Urus Tunai & Stok Bisnes selama 2 hari 1 malam di dua buah lokasi yang berbeza, iaitu Georgetown dan Sungkai.
Kursus ini telah melibatkan Sahabat Usahawan AIM dari Wilayah Pulau Pinang / Perlis dan Wilayah Perak dengan kehadiran penuh secara keseluruhan, seramai 91 orang. Sahabat-Sahabat Usahawan telah menunjukkan komitmen yang sangat baik di sepanjang menyertai latihan tersebut. Mereka juga telah diberikan bahan latihan yang boleh digunakan di dalam dunia perniagaan yang sebenar, selepas tamat program dan ini sememangnya sangat membantu mereka untuk terus konsisten menguruskan kewangan perniagaan dengan lebih cekap setiap hari.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Coach Lily Sabrina dan Coach Rozlan kerana telah mencurahkan pelbagai ilmu kewangan yang berguna kepada semua Sahabat Usahawan AIM yang terlibat.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#SahabatUsahawanAIM
#afeksi22