Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN Edisi Sarawak dengan kerjasama AIM selaku rakan kolaborasi strategik melibatkan 56 Sahabat Usahawan telah diadakan di Hotel Pullman Kuching pada 12 Oktober 2022 lepas.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Dr Ripin Bin Lamat, Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dengan dihadiri oleh En. Muhd Firdaus Azharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN dan Pn. Haryati Bt Dahari, Pengurus Kanan AIM Wilayah Sarawak.
Seramai 56 Sahabat Usahawan Wilayah Sarawak telah selesai melaksanakan Program Industrial Business Coaching (IBC) melibatkan industri Kafe Restoran dan industri Pemprosesan Makanan & Minuman. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencatatkan peningkatan jualan sebanyak RM437,000 serta meningkatkan status perniagaan 4 Sahabat Usahawan daripada mikro kepada kecil.
Syabas diucapkan kepada semua Sahabat Usahawan yang terlibat. Moga perniagaan yang dijalankan bertambah maju dan meningkatkan lagi pendapatan masing-masing.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#KeluargaMalaysia
#CharityWithDignity
#SahabatUsahawanAIM
#Afeksi22