Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

KEDAH – Seramai 40 orang Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Kedah, menerima sumbangan zakat dari Koperasi Sahabat AIM, pada Ahad lalu.

Sumbangan ini diserahkan kepada penerima oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, dalam satu Program Fun Run yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Padang Kerasak, Naka, Kedah.

Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Operasi Lapangan AIM, Zubairi Mohd Fadhil serta barisan pengurusan AIM.

Program penyerahan sumbangan zakat berkenaan diadakan bersempena dengan Program Fun Run Cawangan Padang Terap yang diadakan sepanjang tiga kilometer. Ia disertai 2,500 Sahabat AIM yang turut membawa pulang sijil penyertaan dan medal. Pelbagai aktiviti menarik yang turut diadakan seperti senam robik, gerai jualan dari agensi dan Sahabat-Sahabat Usahawan AIM.

Tahniah diucapkan kepada Puan Zaiton Wahab dari Pusat Nurul Huda, Blok Teha yang telah berjaya memenangi cabutan bertuah iaitu sebuah motorsikal.

#amanahikhtiarmalaysia

#KeluargaMalaysia

#charitywithdignity

#SahabatUsahawanAIM