Kursus Teknikal melalui program IBC di Wilayah Kelantan dan Wilayah Sabah telah berlangsung secara serentak di Grand Renai Hotel, Kota Bharu dan juga di Pan Borneo Hotel, Kota Kinabalu khusus untuk Sahabat-sahabat yang sedang menjalankan perniagaan penjaja / gerai makan dan jahitan.
Melalui kelas Kejuruteraan Menu ini, Sahabat Usahawan dapat mempelajari berkenaan punca kurang keuntungan kerana silap dalam pengiraan kos bahan mentah dan penentuan harga yang tidak tepat dari kos sebenar. Selain itu, Sahabat Usahawan juga turut diberi pendedahan tentang cabaran industri makanan & minuman masa kini, perubahan dalam bisnes serta penetapan kos dalam kejuruteraan menu. Manakala melalui kelas Kanvas Model Pernigaan pula, Sahabat Usahawan dapat mempelajari dan memahami pelanggan sasaran, nilai yang disukai pelanggan, bina kelebihan dalam pasaran serta menyusun strategi menambah pelanggan.
Semoga ilmu yang disampaikan dapat dipraktikkan dalam memajukan lagi perniagaan Sahabat Usahawan serta meningkatkan lagi pendapatan setiap peserta.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#SahabatUsahawanAIM
#afeksi22