Modul Smartphone Photography di bawah Program Pembangunan Produk dan Program Keuntungan Menu telah dilaksanakan selama 2 hari 1 malam di Trove Hotel, Johor Bahru, melibatkan penyertaan daripada Sahabat-Sahabat Usahawan Wilayah Johor.
Modul untuk kedua-dua program ini adalah berkaitan dengan Penghasilan Gambar Menggunakan Smartphone yang dibimbing sepenuhnya oleh Coach Encik Shazrol Suhaimie (Pembangunan Produk) dan Puan Suriyanita Sidek (Keuntungan Menu). Menerusi modul ini, Sahabat telah diberi pemahaman yang mendalam mengenai teknik merancang photoshoot, membuat papan mood dan mencipta cerita supaya gambar yang dihasilkan dapat memberi gambaran cerita yang menarik kepada setiap mata yang melihat. Sahabat juga turut mempelajari teknik edit gambar menggunakan aplikasi terkini yang dapat memberi impak yang lebih tinggi terhadap kempen-kempen pemasaran,
Ucapan terima kasih kepada kedua-dua Coach yang telah mencurahkan segala ilmu dan pengetahuan yang bermanfaat buat semua Sahabat Usahawan AIM. Semoga segala yang dipelajari oleh Sahabat-Sahabat akan dapat diaplikasikan sepenuhnya ke dalam dunia perniagaan masing-masing.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#SahabatUsahawanAIM
#afeksi22