Program Pembangunan Produk dan Program Keuntungan Menu menerusi Modul E-Marketplace telah berlangsung serentak selama 2 hari 1 malam di Ixora Hotel, Pulau Pinang dan dihadiri oleh Sahabat-Sahabat Usahawan yang terpilih dari Wilayah Pulau Pinang / Perlis
Modul E-Marketplace pada kali ini adalah khusus berkaitan dengan mengenalpasti strategi yang tepat merangkumi pengurusan logistik dan pengiraan kos-kos jualan tertentu untuk menjana pendapatan menerusi platform Shopee dan Lazada yang dikendalikan sepenuhnya oleh Coach Encik Mohsin Mokhtar (Pembangunan Produk) dan Encik Ahmad Fairus bin Mohammed Noor (Keuntungan Menu.) Dalam modul ini, Sahabat juga digalakkan menjana pendapatan tambahan melalui Shopee dan Lazada dengan mengeluarkan iklan-iklan yang menarik sebagai promosi jualan yang berkesan.
Sekalung penghargaan diberikan kepada kedua-dua Coach yang telah membimbing Sahabat-Sahabat dengan baik di sepanjang program berlangsung. Semoga Sahabat dapat mengaplikasikan segala yang dipelajari di dalam dunia perniagaan yang sebenar.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#SahabatUsahawanAIM
#afeksi22