Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Jerantut - Seramai lebih 1,300 Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), hadir memeriahkan Sambutan Hari Koop Sahabat & AIM yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Jerantut, Pahang hari ini.

Sahabat yang hadir merupakan Sahabat Usahawan AIM dari Cawangan Maran dan Jerantut dan mereka juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti seperti ceramah motivasi yang disampaikan oleh YBhg Dato' Faridah Mohd Ali yang juga merupakan

Ikon Usahawan Wanita Malaysia.

Program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jerantut, YB Datuk Haji Ahmad Nazlan Idris ini juga turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Kewangan AIM, yang juga merupakan Setiausaha Koop Sahabat, En Norsharizal Mashahrin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Koop Sahabat, Tn Haji Mazri Mahmood, dan pengurusan kanan AIM.

Program yang turut dimeriahkan dengan perkongsian maklumat daripada Bank Negara, Bank Islam, AKPK ini juga memberi peluang kepada Sahabat membuka gerai jualan dan mempromosikan produk keluaran mereka.

Selain itu seramai 15 Sahabat asnaf turut menerima zakat wakalah Koop Sahabat.

Program satu ini turut mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada Kelab Usahawan Bestari Jerantut (KUBJ) dan Kelab Usahawan Ikhtiar dan Kesukarelawan Maran (KUIMA).