Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini telah menandatangani memorandom persefahaman (MoU), berhubung Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

MoU berkenaan ditandatangani oleh YBhg Dato' Sri Dr Mohammed Azman Bin Dato' Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO, dan En Mohammed Shamir Abdul Aziz, Pengarah Urusan AIM, sambil disaksikan oleh En John Riba Anak Marin, Timbalan Ketua Eksekutif PERKESO dan En Mohd Najib Mohd Noor, Timbalan Pengerusi Lembaga AIM.

Melalui MoU ini, Sahabat Usahawan AIM yang menjalankan perniagaan atau bekerja sendiri berpeluang mencarum dan mendapatkan perlindungan serta faedah daripada SKSPS ini.