RM50 ribu untuk Tabung Bencana Covid-19 Sabah
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melalui subsidiari Amanah Ikhtiar Malaysia Sdn Bhd (AIMSB) menyerahkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Tabung Bencana Covid -19 Sabah.
Sumbangan berbentuk cek itu diserahkan oleh Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Bin Ukin, kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan & Menteri Kewangan 11 Sabah, Datuk Seri Paduka Masidi Manjun di Pejabat Timbalan Ketua Menteri Sabah pada Ahad lalu.
Tujuan sumbangan ialah untuk meringankan beban Kerajaan Negeri di dalam menghadapi gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negeri berkenaan.
Untuk rekod, negeri Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah Sahabat paling ramai iaitu melebih 64,000 Sahabat.
Hadir sama pada penyerahan sumbangan berkenaan ialah En Jani Izwandy Che Jan, Ketua Pegawai Operasi AIM dan En Hamdan Samsi, Ketua Pegawai Eksekutif AIM Sdn Bhd.
#amanahikhtiarmalaysia
#charitywithdignity
#sahabataim
#ourPartAIM
#bangkitkembali