Program IBC ini telah berlangsung di Hotel Angsoka, Teluk Intan Perak, khususnya untuk Sahabat-Sahabat dari Wilayah Perak yang sedang menjalankan perniagaan makanan.
Melalui kursus ini, Sahabat Usahawan dapat mempelajari pelbagai ilmu berkaitan proses pengeluaran makanan, pengiraan kos bahan mentah dan penentuan harga sehingga dapat membina jenama sendiri. Selain itu, Sahabat Usahawan juga turut diberi pendedahan tentang cabaran industri makanan dan minuman pada masa kini. Perkongsian ilmu dari pakar industri ini telah banyak membantu Sahabat Usahawan untuk kembali bersemangat dalam menghadapi cabaran dalam meneruskan perjuangan dalam perniagaan.
Semoga ilmu yang disampaikan oleh Coach Isa Bin Johari dapat digunakan dalam memajukan lagi perniagaan Sahabat Usahawan serta meningkatkan lagi pendapatan setiap peserta.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#SahabatUsahawanAIM
#afeksi22