Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Program Sahabat Digital – Modul Video Pemasaran Media Sosial Menggunakan Smartphone telah berlangsung serentak di Wilayah Kedah (Royale Signature Hotel, Alor Setar) dan Wilayah Sabah (Raia Hotel, Kota Kinabalu) dengan kehadiran penuh, masing-masing melibatkan Sahabat Usahawan Wilayah Kedah dan Wilayah Sabah.

Modul ini mendapat sambutan yang sangat baik dan Sahabat berpeluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam, secara teori dan praktikal berkaitan dengan penghasilan video menggunakan Smartphone. Antara yang dipelajari adalah bagaimana untuk membina ayat storyline / storyboard yang menarik dan bagaimana untuk melakukan penyuntingan video klip yang berkesan bagi menghasilkan paparan video yang lebih berkualiti.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Coach yang terlibat, Encik Asrul Nasirudin (Wilayah Kedah) dan Encik Azizi Azra (Wilayah Sabah) di atas perkongsian ilmu yang sangat berguna. Diharap agar kursus ini akan dapat memberikan banyak manfaat dan impak yang berterusan terhadap peningkatan jualan.

#amanahikhtiarmalaysia

#KeluargaMalaysia

#charitywithdignity

#SahabatUsahawanAIM

#afeksi2022