Program Sahabat Digital – Modul E-Marketplace telah diadakan di Hotel Iconic, Pulau Pinang, khususnya untuk Sahabat-Sahabat Wilayah Pulau Pinang/Perlis terpilih bersama Coach, Encik Mohsin Mokhtar.
Modul ini merupakan modul kedua di bawah Program Sahabat Digital, menerangkan tentang penggunaan platform pemasaran digital masa kini, Shopee dan Lazada untuk meningkatkan lagi jualan dan penjenamaan produk. Sahabat turut diberikan pemahaman berkaitan kaedah penggunaan 'tools' dan teknik pengurusan, penjenamaan asas dan dekorasi kedai Shopee dan Lazada, termasuk dengan memuatnaik gambar dan video yang telah dihasilkan sebelum ini di dalam modul yang pertama, iaitu modul Video Pemasaran Media Sosial Menggunakan Smartphone.
Sahabat Usahawan menyambut baik kursus ini dan kesemuanya telah memberikan komitmen yang sangat padu. Pihak AIM berharap agar Sahabat Usahawan dapat mempraktikkan ilmu yang berguna ini sepenuhnya di dalam memajukan perniagaan mereka.
Ucapan terima kasih kepada Coach INSKEN, Encik Mohsin Mokhtar di atas pelbagai tips dan teknik yang telah dikongsikan bersama.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#SahabatUsahawanAIM
#afeksi2022