Modul E-Marketplace (Shopee & Lazada) ini adalah merupakan salah satu kursus latihan teknikal di bawah Program Pembangunan Produk dan Program Keuntungan Menu. Kursus untuk kedua-dua program ini telah diadakan secara serentak di Raia Hotel, Kuala Terengganu pada 27 hingga 28 Julai 2022, melibatkan Sahabat-Sahabat Usahawan Wilayah Terengganu bersama Coach Encik Azriel Azim Bin Azelan (Pembangunan Produk) dan Dr. Muhammad Rizal Bin Mat Isa (Keuntungan Menu).
Menerusi modul ini, Sahabat telah diberikan pendedahan berkaitan penyenaraian SKU produk-produk Usahawan dan teknik asas menarik trafik ke kedai Shopee dan Lazada. Sahabat juga turut berpeluang untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan dengan cara dan strategi yang lebih berkesan agar dapat menarik minat ramai pembeli dalam usaha untuk meningkatkan hasil jualan dan menjana pendapatan yang berterusan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua coach yang telah bersungguh-sungguh dalam membimbing Sahabat-Sahabat di sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu yang dipelajari oleh Sahabat dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan direalisasikan terus ke dunia perniagaan Sahabat yang sebenar.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#SahabatUsahawanAIM
#afeksi22