Program Industrial Business Coaching menerusi Bengkel Industri bersama pemain industri berpengalaman dalam bidang Pemprosesan Makanan & Minuman, Coach Hendry Charles telahpun berlangsung di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah. Program ini telah dihadiri sepenuhnya oleh Sahabat-Sahabat Usahawan Wilayah Sabah, khususnya mereka yang mengusahakan perniagaan berasaskan pemprosesan makanan & minuman.
Sepanjang bengkel ini, peserta didedahkan tentang industri makanan di Malaysia, termasuk pengurusan perniagaan, risiko perundangan dan pensijilan berkaitan serta cabaran-cabaran masa kini di dalam industri makanan.
Pada masa yang sama, lawatan Penanda Aras ke premis terpilih juga turut diadakan bagi membolehkan para peserta merasai suasana sebenar pengurusan pemprosesan makanan yang betul.
Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperolehi melalui bengkel ini dapat dikongsikan dan dipraktikkan bersama dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan dan memajukan lagi perniagaan masing-masing.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#SahabatUsahawanAIM
#afeksi22