Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

 

Program Pembangunan Produk dan Program Keuntungan Menu telah diadakan serentak di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru baru-baru ini, dengan dihadiri oleh Sahabat-Sahabat Usahawan Wilayah Johor bersama Coach Encik Onnie Zurin Bin Abu (Pembangunan Produk) dan Encik Ahmad Shukri Abdul Shukor (Keuntungan Menu).

Program ini merupakan modul Lanjutan Pembangunan Produk dan Keuntungan Menu, di mana pada kali ini Sahabat telah didedahkan dengan lebih terperinci berkaitan pengeluaran produk dan saluran pengedaran produk di pasaran runcit supaya pengurusan perniagaan lebih sistematik (Pembangunan Produk) dan semakan dalam memuktamadkan kos makanan dan kategori menu bagi meningkatkan keuntungan perniagaan (Keuntungan Menu). Selain daripada itu, Sahabat juga turut diberikan pendedahan terhadap amalan / praktis dari pakar industri.

Modul selama dua hari ini berturut-turut ini telah berjalan dengan baik dan lancar sekali. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada kedua-dua Coach atas penyampaian kursus yang sangat menarik dan berkesan di sepanjang kelas pembelajaran bersama Sahabat-Sahabat AIM.

#amanahikhtiarmalaysia

#KeluargaMalaysia

#charitywithdignity

#SahabatUsahawanAIM

#afeksi2022