Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Program Transformasi Kedai Runcit (TKR) bagi Wilayah Johor telah berlangsung di Hotel Muar Traders baru-baru ini. Seramai 34 orang Sahabat Usahawan telah hadir bagi mengikuti sesi pembelajaran selama 2 hari 1 malam, khususnya berkenaan ilmu peruncitan yang disampaikan oleh Jurulatih dari Institut Koperasi Malaysia (IKMa).

Sahabat Usahawan dilihat sangat bersemangat dan komited di sepanjang tempoh kursus berlangsung di mana pelbagai teknik dan strategi untuk meningkatkan hasil jualan perniagan telah dapat dipelajari, termasuk kaedah pemilihan konsep perniagaan, susunan produk dan pengurusan tunai yang sistematik.

Melalui program ini, Sahabat bukan sahaja dapat mempelajari secara teori, malah Sahabat berpeluang untuk mendapat bimbingan secara bersemuka bersama Jurulatih yang pakar di dalam bidang peruncitan. Pihak AIM berharap agar Sahabat Usahawan yang akan terpilih ke tahap bimbingan yang seterusnya akan terus memberikan kerjasama dan komitmen yang padu dalam usaha untuk memajukan perniagaan yang sedia ada bagi mencapai matlamat yang disasarkan.

#amanahikhtiarmalaysia

#KeluargaMalaysia

#charitywithdignity

#SahabatUsahawanAIM

#afeksi2022