Program Pembangunan Produk dan Program Keuntungan Menu menerusi Modul E-Marketplace telah berlangsung serentak selama 2 hari 1 malam di Ixora Hotel, Pulau Pinang dan dihadiri oleh Sahabat-Sahabat Usahawan Wilayah Pulau Pinang / Perlis yang terpilih.
Modul E-Marketplace pada kali ini adalah khusus berkaitan dengan Penghasilan Gambar Menggunakan Smartphone yang dikendalikan sepenuhnya oleh Coach Encik Alif Afiq Anuar (Pembangunan Produk) dan Encik Shazrol Suhaimi (Keuntungan Menu.) Dalam modul ini, Sahabat telah diberi pendedahan bagaimana teknik untuk mengambil gambar dan membina storyboard pada gambar yang terhasil dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, Sahabat juga turut mempelajari teknik membina poster yang menarik bagi memberikan impak yang positif terhadap kempen pemasaran dalam usaha untuk meningkatkan hasil jualan perniagaan.
Sekalung penghargaan diberikan kepada kedua-dua Coach yang telah membimbing Sahabat-Sahabat dengan baik di sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu yang dicurahkan akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh Sahabat-Sahabat dalam membina kejayaan yang berterusan di dalam perniagaan masing-masing.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#SahabatUsahawanAIM
#afeksi22