Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini menganjurkan Program AMAL

Musa'adah bagi menyediakan bantuan peniagaan kepada 50 usahawan kecil dan mikro

yang bernaung di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Daripada jumlah

berkenaan, 26 terdiri daripada Sahabat asnaf dari Perak dan 24 dari Pahang.

Bantuan

perniagaan in melibatkan peruntukan dana zakat dan tanggungjawab korporat, AMAL

Bank Islam berjumlah lebih RM170,000.

Sahabat yang menerima bantuan antaranya menjalankan perniagaan gerai makanan;

pengusahaan makanan tempatan seperti kerepek dan kuih-muih; kedai jahit, kedai runcit dan sebagainya.

Sumbangan berbentuk barangan keperluan perniagaan itu disampaikan oleh Mohamed Iran Moriff

Mod Shariff, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bank Islam bersama Norsharizal Mashahrin,

Ketua Pegawai Kewangan AIM.

Bank Islam, menerusi penganjuran Program AMAL Musa'adah, telah memperuntukkan

lebih RM92,000 untuk manfaat 36 usahanita terpilih dari Terengganu pada tahun 2017 dan hampir RM70,000 kepada 56 Sahabat AIM dari Kedah pada tahun 2019.

Manakala seramai

49 Sahabat AIM dari Johor menerima manfaat daripada hampir RM100,000 yang

disediakan pada tahun 2020.