Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

8 November 2020,  Beaufort, Sabah


1,500 keluarga di Beaufort terima Bakul Kasih AIM 
 

Beaufort - Lebih 1,500 keluarga yang terdiri daripada Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menerima Bakul Kasih AIM sempena program Bakul Kasih AIM di sini, Ahad lalu.

Program Bakul Kasih AIM merupakan satu program sumbangan bekalan makanan asas yang diberikan kepada Sahabat-Sahabat AIM supaya mereka tidak terputus bekalan makanan  sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan kerajaan berikutan pandemik Covid-19 yang mencatatkan jumlah tertinggi di negeri Sabah.

AIM terpanggil untuk mengadakan program Bakul Kasih AIM kerana ada dalam kalangan Sahabat AIM berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan seharian berikutan PKPB yang dilaksanakan sejak hampir tiga minggu lalu.

Atas dasar prihatin, AIM menyediakan bekalan makanan seperti beras, gula, tepung, minyak masak, telur, kopi dan bihun untuk diberikan bagi meringankan beban keluarga yang terlibat.

Di Beaufort, seramai 1,500 keluarga dipilih yang terdiri daripada keluarga golongan B40 bagi Cawangan Beaufort di Wilayah Barat Sabah.

Adalah diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak memberi suntikan semangat buat Sahabat untuk menjalani kehidupan dan mendepani cabaran ini. 

AIM sentiasa bersama Sahabat dalam situasi sukar ini, dan kami mendoakan Sahabat sentiasa tabah, dan selalu positif serta berusaha bersama-sama mematuhi SOP diarahkan kerajaan dan berusaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. 

Sumbangan Bakul Kasih AIM ini diserahkan oleh Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

#amanahikhtiarmalaysia
#charitywithdignity
#sahabataim
#ourPartAIM
#bangkitkembali