Program Sahabat Digital – Modul E-Marketplace telah berlangsung serentak di 3 buah lokasi yang berbeza iaitu di Seremban (Hotel Klana Resort), Kuantan (Hotel Rocana) dan Sarawak (Hotel Merdeka Palace & Suites), melibatkan penyertaan dari Sahabat Usahawan Wilayah Negeri Sembilan/Melaka, Pahang dan Sarawak.
Menerusi modul ini, Sahabat telah diberikan pendedahan secara teori dan praktikal, berkaitan penggunaan platform pemasaran digital masa kini, Shopee dan Lazada untuk meningkatkan lagi jualan dan penjenamaan produk, termasuk memahami kaedah penggunaan 'tools' dan teknik pengurusan, penjenamaan asas dan dekorasi kedai Shopee dan Lazada.
Sahabat Usahawan menyambut baik kursus ini dan telah memberikan komitmen yang sangat tinggi. Pihak AIM berharap agar Sahabat Usahawan dapat mempraktikkan ilmu yang berguna ini sepenuhnya di dalam memajukan perniagaan mereka.
Ucapan terima kasih kepada Coach INSKEN, Encik Kamarul Bahareen , Encik Azriel Azim Azelan dan Encik Mohsin Mokhtar di atas pelbagai tips dan teknik yang telah dikongsikan bersama.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#SahabatUsahawanAIM
#afeksi2022