Kursus Teknikal Kejuruteraan Menu telah berlangsung pada 18 & 19 Julai 2022 di Merdeka Palace Hotel & Suites, Kuching khusus untuk Sahabat-sahabat yang sedang menjalankan perniagaan restoran, kedai makan atau kafe di bawah Wilayah Sarawak.
Melalui kursus ini, Sahabat Usahawan dapat mempelajari berkenaan punca kurang keuntungan kerana silap dalam pengiraan kos bahan mentah dan penentuan harga yang tidak tepat dari kos sebenar. Selain itu, Sahabat Usahawan juga turut diberi pendedahan tentang cabaran industri makanan & minuman masa kini, perubahan dalam bisnes serta struktur kos dalam kejuruteraan menu.
Semoga ilmu yang disampaikan oleh Coach Datuk Shirajuddin Bolhi dapat dipraktikkan dalam memajukan lagi perniagaan Sahabat Usahawan serta meningkatkan lagi pendapatan setiap peserta.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#SahabatUsahawanAIM
#afeksi22