Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Kuala Lumpur - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), sekali lagi mengungguli anugerah bagi transaksi my debit tertinggi (sektor kerajaan), sekali gus membolehkan agensi pembiayaan mikro kredit bagi golongan B40 itu merangkul anugerah

“BEST MyDebit Merchant" sempena 

Malaysian e-Payments Excellent Award (MEEA 2022) yang diadakan di ibu kota petang tadi. 

 

AIM dipilih sebagai pemenang mengatasi beberapa agensi lain di atas kecemerlanganya di dalam pengurusan kewangan tanpa tunai terutamanya dalam segmen pembayaran balik pinjaman mikro kredit oleh Sahabat Usahawan. 

 

Anugerah diterima oleh Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz pada Majlis Malaysian e-Payments Excellent Award (MEEA 2022) yang disampaikan oleh Pengerusi Payments Network Malaysia (PayNet), Datuk Ahmad Hizzad sambil diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Paynett, En Farhan Ahmad.

 

Anugerah ini merupakan anugerah kali ke lima diterima AIM semenjak agensi itu memperkenalkan transaksi my debit dalam pengurusan kewangannya beberapa tahun lalu.

 

#amanahikhtiarmalaysia

#KeluargaMalaysia

#charitywithdignity

#SahabatUsahawanAIM

#afeksi22