Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Program Pembangunan Produk dan Program Keuntungan Menu telah berlangsung serentak di KSL Resort, Johor Bahru baru-baru ini, melibatkan kehadiran Sahabat-Sahabat Usahawan Wilayah Johor yang terpilih bersama Coach Encik Khairul Hakimin Bin Muhammad (Pembangunan Produk) dan Encik Ahmad Shukri Abdul Shukor (Keuntungan Menu). 

 

Program ini telah dimulai dengan modul Asas Pembangunan Produk dan Asas Keuntungan Menu di mana Sahabat telah diberikan pendedahan secara teori dan praktikal tentang strategi untuk meningkatkan hasil jualan yang berterusan, menerusi pembangunan produk yang berkesan, merangkumi pengedaran dan pemasaran (Pembangunan Produk) dan penetapan kos makanan dan sasaran jualan yang tepat (Keuntungan Menu).Selain daripada itu, Sahabat juga turut diberikan pendedahan terhadap amalan / praktis dari pakar industri.

 

Modul selama dua hari ini telah berjalan dengan baik dan lancar sekali. Pihak AIM mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua Coach yang telah mencurahkan segala ilmu dan pengalamannya yang bermanfaat buat Sahabat Usahawan AIM.

 

#amanahikhtiarmalaysia

#KeluargaMalaysia

#charitywithdignity

#SahabatUsahawanAIM

#afeksi22