Program Transformasi Kedai Runcit (TKR) merupakan kursus selama 2 hari 1 malam di Wilayah Kedah yang berlangsung pada 6 - 7 Julai 2022 dengan penglibatan seramai 35 orang Sahabat-Sahabat Usahawan kedai borong, kedai runcit,kedai serbaneka dan kedai pasar basah sebelum terpilih ke sesi bimbingan lanjutan.
Melalui kursus ini, jurulatih IKMa Puan Siti Zaleha binti Ismail telah berkongsi maklumat berkaitan pengurusan peruncitan merangkumi kaedah pemilihan konsep perniagaan, susunan produk dan pengurusan tunai yang sistematik bagi peningkatan jualan perniagaan. Selain daripada itu, Sahabat juga turut dibimbing mengenalpasti masalah dan cabaran serta teknik mengatasinya dengan meminimakan masalah yang dihadapi untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan.
Sahabat Usahawan bersemangat sepanjang kursus berlangsung dan sangat komited untuk menambahbaik perniagaan masing-masing. Pihak AIM berharap agar Sahabat-Sahabat Usahawan yang akan terpilih ke sesi bimbingan yang seterusnya akan terus memberikan komitmen yang terbaik dalam memastikan matlamat program tercapai sepenuhnya.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#SahabatUsahawanAIM