Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Seramai 132 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menerima Geran Khas Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia bernilai RM3,000 setiap seorang.

Bantuan yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, YB Tan Sri Noh Haji Omar dan juga Ahli Parlimen Baling, YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Azeez Rahim itu berlangsung di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Baling.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz dan pengurusan kanan AIM. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Adam Abd Ghani.

Selain Sahabat Usahawan AIM, usahawan Tekun yang terlibat banjir juga menerima geran yang sama.

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut diadakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan olen Klinik Sahabat Ikhtiar di bawah Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad.

#amanahikhtiarmalaysia

#sahabatusahawan