Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my

Kontrak & Konsep Muamalat
Di Dalam Proses AIM

KONTRAK DAN KONSEP MUAMALAT DI DALAM PROSES AIM

Bil. Perkara Akad / Kontrak Aplikasi
1 Proses Pembiayaan AIM Kontrak Tawaruq (Murabahah Komoditi, Wakalah, Wa'd dan Ibra' (Rebate) Produk dan Perkhidmatan AIM
2 Kutipan Bayaran (CMCCS) Wakalah - Sahabat sebagai Agen Kutipan Pembayaran secara Cashless
3 Halal 1% daripada setiap pembiayaan yang dilakukan. Hasil 1% tersebut akan dimasukkan di dalam Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) - Akad Tabarru'
- Dividen pelaburan akan dimasukkan semula ke dalam Akaun TKKS
Kebajikan Sahabat
4 Pembiayaan dengan Kerajaan Malaysia Kontrak al-Qardh Perjanjian
5 Tabung Kebajikan Kakitangan AIM (TKKAIM) Kontrak Tabarru' dan Takaful Tabung Perlindungan dan Kebajikan penyumbang
6 Tabung Khairat Hutang (TKH) Kontrak Tabarru', Takaful / Ta’awun, Hibah dan Ujrah
7 Simpanan Tetap Kontrak Wadiah Simpanan Sahabat AIM secara mingguan.

GLOSARI SYARIAH

Bil. Akad / Kontrak Huraian
1 Tawarruq Tawarruq atau murabahah komoditi merupakan pembelian satu komoditi (iaitu, aset yang diurusniagakan) berasaskan perbayaran tertunda, sama ada secara bai' musawamah atau bai' murabahah. Kemudiannya, komoditi itu dijual secara tunai kepada pihak ketiga. Berbeza dengan bai' 'inah, pembeli komoditi pada peringkat akhir transaksi adalah pihak ketiga selain daripada penjual asal.
2 Murabahah / Bai' al-murabahah (بيع المرابحة) Penjualan barangan adalah pada harga yang termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin keuntungan hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jualan dilaksanakan.

Contohnya: seperti menjual sesuatu barangan berharga RM100 dengan harga kos dan ditambah pula margin keuntungan sebanyak RM10 yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
3 Wa'ad Wa'ad bererti janji. Konsep janji ini digunakan dalam beberapa transaksi pembiayaan Islam.
4 Ibra' (Rebate) Ibra' merujuk kepada rebat yang diberikan oleh satu pihak kepada satu pihak lain dalam urusan muamalah seperti jual beli dan sewaan. Misalnya, pihak institusi kewangan Islam akan memberikan ibra' kepada pelanggan yang melunaskan hutang lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui semasa akad dimeterai.
5 Wakalah Suatu kontrak pelantikan agen di mana seseorang individu melantik seseorang yang lain untuk bertindak bagi pihak beliau. Dengan kata lain, wakalah bermaksud memberi kuasa kepada orang lain untuk mengurus hal-hal tertentu di bawah kuasanya.
6 Al-Qardh Kontrak ini merujuk kepada pembiayaan tanpa faedah yang diberikan untuk tujuan kebajikan. Pembiayaan yang diberikan atas semangat ihsan dan peminjam hanya dikehendaki membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja. Walaubagaimanapun, di atas budi bicara peminjam, beliau boleh membayar balik pembiayaan melebihi jumlahnya (tanpa perlu berjanji untuk berbuat sedemikian) sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pembiayaan.
7 Ta'widh Merupakan pampasan atau gantirugi yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang mengikat kontrak sebagai pembayaran yang boleh dituntut oleh pemiutang apabila penghutang ingkar/ lewat dalam pembayaran hutang mereka.
8 Tabarru' Melakukan sesuatu kebajikan atau sumbangan dengan rela hati.
9 Hibah Hibah bermaksud pemberian pemilikan sesuatu barang kepada seseorang tanpa sebarang balasan.
10 Takaful dan Ta'awun Suatu skim yang bercirikan semangat bantu-membantu dan tolong-menolong dengan menyediakan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan dan semua peserta sama-sama bersetuju untuk memberikan sumbangan bagi tujuan tersebut.
11 Ujrah Bayaran upah yang diberikan oleh seseorang (pengguna manfaat samada 'ayn atau pekerjaan) kepada seseorang yang lain (pemberi manfaat samada 'ayn atau pekerjaan) ke atas manfaat yang didapati.
12 Wadiah Akad simpanan harta yang diamanahkan oleh satu pihak kepada pihak lain untuk dijaga dan dipulangkan apabila diminta. Wadiah Yad Amanah pula adalah akad simpanan secara amanah. Manakala Wadiah Yad Dhamanah pula adalah akad simpanan dengan jaminan.