Jawatan Kosong

 

 

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, sebuah badan Amanah Persendirian di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

  1. Nama Jawatan : PELATIH PEGAWAI AMANAH (SARAWAK)
                                   : PEMASTAUTIN DI NEGERI SARAWAK SAHAJA

Gaji Dan Elaun       : RM 1,792.00

           

Kelayakan:

  • Lulus SPM/SPVM (5 kredit) termasuk kredit Bahasa Melayu dan lulus Matematik. Calon yang mempunyai STPM dan Diploma digalakkan memohon;
  • Berumur diantara 20 hingga 27 tahun;
  • Belum berkahwin;
  • Mempunyai lesen memandu B2;
  • Boleh menunggang motosikal dan memiliki motosikal sendiri;
  • Boleh berkomunikasi dengan baik;
  • Mempunyai perwatakan dan sahsiah diri yang baik;

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan Surat Permohonan atau Resume, Salinan SPM/STPM/Diploma, Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil Kelahiran, Salinan Sijil Tamat Persekolahan, Salinan Lesen Memandu dan Sekeping Gambar Berukuran Pasport (Tidak Dikembalikan).

Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 18 September 2018. Sila tuliskan nama jawatan pada penjuru kanan sampul surat.

 

PENGURUS BESAR

JABATAN SUMBER MANUSIA

Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia

Menara Amanah Ikhtiar

No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A

Bandar Sri Damansara PJU9

52200 Kuala Lumpur

Tel: 03-6274 8810     Faks: 03-6274 8863

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

 


AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, sebuah badan Amanah Persendirian di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

  1. NAMA JAWATAN : PEGAWAI EKSEKUTIF (PEJABAT PENGARAH URUSAN)
  2. GAJI DAN ELAUN : RM 3,056.00

KELAYAKAN :

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Berpengalaman kerja 1 - 3 tahun dalam bidang pentadbiran adalah satu kelebihan;
  • Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
  • Mahir menggunakan Microsoft Office terutama Microsoft PowerPoint;
  • Mempunyai perwatakan dan sahsiah diri yang baik;
  • Boleh bekerja lebih masa, bekerja berseorangan dan mempunyai ketahanan diri menghadapi cabaran;

SKOP KERJA :

  • Membantu Pengarah Urusan dalam menyelaras Program-Program AIM diperingkat Ibu Pejabat, Zon, Wilayah & Cawangan.
  • Menyelaras Jadual Kerja Pengarah Urusan
  • Menyemak dan mengeluarkan surat-surat atas arahan Pengarah Urusan.
  • Menyediakan bahan-bahan bantuan/rujukan dalam mengendali program dan mesyuarat kepada Pengarah Urusan.
  • Menyediakan Kertas Kerja, minit mesyuarat dan laporan tahunan kepada Pengarah Urusan
  • Menjadi ‘liaison officer’ di antara pihak Pengurusan

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan surat permohonan, salinan sijil-sijil akademik, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan lesen memandu dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan). Permohonan hendaklah sampai sebelum atau 18 September 2018. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kanan sampul surat.

PENGURUS BESAR

JABATAN SUMBER MANUSIA

Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia

Menara Amanah Ikhtiar

No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A

Bandar Sri Damansara PJU9

52200 Kuala Lumpur

Tel: 03-6274 8810     Faks: 03-6274 8863

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)