Jawatan Kosong

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, sebuah badan Amanah Persendirian di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

  1. Nama Jawatan : PEMANDU DAN PEMBANTU PEJABAT (SEMENANJUNG)

       Gaji dan Elaun : RM 1,459.00

Kelayakan

  • Lulus SRP/PMR ;
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak rabun warna ;
  • Mempunyai lesen memandu B2 & D yang sah ;
  • Berat badan tidak melebihi 70 kg ;
  • Berumur antara 25 tahun hingga 35 tahun ;
  • Mempunyai perwatakan dan sahsiah diri yang baik ;
  • Boleh bekerja lebih masa ;
  • Mempunyai pengalaman sebagai pemandu syarikat diutamakan ;

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan Surat Permohonan atau Resume, Salinan Sijil Akademik, Salinan Lesen Memandu, Salinan Kad Pengenalan Dan Sekeping Gambar Berukuran Pasport (tidak dikembalikan). Permohonan hendaklah sampai sebelum atau 29 September 2017  Sila tuliskan nama jawatan pada penjuru kanan sampul surat.

PENGURUS KANAN

PENGURUSAN BAKAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI

Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia

Menara Amanah Ikhtiar

No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A

Bandar Sri Damansara PJU9

52200 Kuala Lumpur

Tel: 03-6274 8810      Faks: 03-6274 8863 

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)